Tuesday, August 17, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

DOA PEMBUKA 12 PINTU MERUPAKAN DOA YANG DIAJAR OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH DALAM SETIAP CERAMAH DAN KURSUS BELIAU. DOA INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DENGAN MENGAMALKAN DOA 12 PINTU INI. AMIN.


Amalkan doa ini setiap pagi...





"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati,
wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati,
wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Monday, August 9, 2010

Bahagia

Click here to watch Usrah 2010 : 6 Ogos 10

Makin kita rajin pergi majlis ilmu, makin kita rapat dgn Allah.
Hadis Nabi : satu majlis ilmu, bole mengampunkan 70 dosa.
Barangsiapa tidak menghadiri majlis ilmu lebih 40 hari, kemungkinan besar Allah tutup hatinya.
Doa: Ya Allah, tambahkan ilmu ke atas ilmuku. ( Allahumma zidni Ilma)
Surah An-nahu:97 _ Barangsiapa amal solih & beriman, Allah jamin hidup yg bahagia

Tiga tanda2 org yang bahagia:-
1. Bila ada nikmat, dia bersyukur.
2. Bila ada musibah, dia sabar dan redha.
3. Bila dia berdosa, dia ishtigfar.

Bahagia terbahagi kpd berhubungan dengan Allah dan berhubungan dgn manusia.

Hubungan dgn Allah:-
1.Kasih kpd Allah lebih dr diri sendiri.
"Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka."(Ayat Al-Tawbah:24)
Doa: "Ya Allah, berilah aku rezeki untuk mengasihi-Mu, Kasih org yg mengasihi-Mu, dan amalan untuk merapati-Mu."
2.Mengasihi Rasulullah.
Surah Ali-Imran: Katakanlah Muhammad, Kalo kasih Allah, buatlah apa yg aku suruh.
3. Belajar dan Faham Al-Quran

Jauhilah diri dr syirik yg kecil iaitu Riak (buat sesuatu bukan krn Allah ttp kerana nak menunjuk2 dkt org)

Hubungan dgn Manusia:-
1. Baik dgn org.
- Senyum adalah sedekah.
2. Silaturrahim
3. Buat kerja yg kita suka kerana Allah.
4. Jgn sibuk dgn masa depan dan elakkan perkataan 'kalo'.
"Ya Allah,
5. Zikiruallah
Ar-Radhu :28
"Sesungguhnya tiada cara lain untuk hati menjadi tenang wahai manusia iaitu dengan zikiruallah".
6. Sentiasa ingat dgn nikmat2 Allah. Jangan banding dgn org yg lebih dr kita.
7. Doa. (Ya Allah, berilah kebahagiaan dunia dan akhirat)
8. Tawakkal kpd Allah. Di mana Allah kasih org yg tawakkal.
Amalkan setiap kali selepas solat sebanyak 7 kali "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar." (AL-Tawbah :129)
9. Jangan fikir org buat mudarat kat kita.
10. Jangan minta terima kasih drpd org lain. Buat ikhlas kerana Allah.
"Org yg terbaik di sisi Allah ialah org buat semata2 krn Allah."
11. Jangan bertangguh kerja.
Hadis Nabi:-
Kalo kamu sihat jgn tunggu smp sakit.
Kalo kamu ada duit jgn tunggu smp takde duit.
Kalo kamu muda, jgn tunggu smp tua.
Kalo kamu lapang, jangan tunggu smp sibuk.
kalo kamu hidup, jgn tunggu smp mati.
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (surah Az-Zumar :22)

Thursday, August 5, 2010

Menyulam Kasih, Mahligai Sakinah



Penceramah: Ust Wan Akashah & Datuk Ustazah Siti Nurbaya