Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 206Surah Ibrahim ; Ayat 32- 34Terjemahan ayat:-
"Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.
dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang".
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah kamu dapat menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah).
Pandangan Imam Al-Ghazali, Tanda2 org yg tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t1. tidak cukup keenggannya mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'
2. Menggunakan nikmat pada jalan yg tidak diredhai oleh Allah s.w.t.
Kewajipan asas yg patut dipatuhi ialah tunduk dan patuh kpd Allah s.w.t.
Rasulullah solat malam smp bengkak kaki walaupun baginda adalah maksum.
Apabila Aishah bertanya kpd Rasulullah, " Mengapa Rasulullah masih bersusah payah tuk solat malam sedangkan baginda tiada dosa lalu dan akan datang."
Rasulullah bersabda, " Apakah tidak boleh aku hidup sebagai seorang manusia yg bersyukur kepada nikmat Allah s.w.t."
Berada dlm suasana ilmu spt berada dlm tmn syurga.
Apabila manusia makin tebal iman dan takwa, makin dekat dgn Allah.
Surah Saba Ayat 39
Allah berfirman, "Amat sedikit hamba-Ku yg bersyukur."
Ramai manusia gagal kerana tidak merasa nikmat usia.
Sedangkan nikmat usia itu akan berlalu dan takkan kembali.
Biasanya manusia tidak merasa nikmat usia itu suatu yg besar.
Kesan kufur nikmat1. Berada jauh dr hidayah Allah s.w.t.
Firman Allah, "Ingatlah kamu akan Aku, Maka akan Aku ingat pada-Mu."
Pengantungan pada Allah seharusnya setiap saat dan ketika.
Allah berfirman, "Tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan untuk menyembah dan tunduk kpd Aku. "
2. Menambahkan kejahilan dan kelalaian kita kpd Allah s.w.t.
Khalifah Umar Al-Khattab berkata bahawa, "Antara pintu yg boleh merosakkan kita ialah pintu kemungkaran dan kemaksiatan."
3. Hilang keberkatan dlm hidup.
Dalam kehidupan rumah tangga bila kita kufur nikmat, suami isteri bertelagah, rumah kepanasan siang malam, maka hilang keberkatan rumah tangga. Antara sebabnya rezeki yang tidak halal.
Juga keberkatan peribadi, hati tidak tenang dan gundah gelana.
4. Makin hari semakin keras hatinya, dan mati.
5. Tidak beroleh jaminan keselamatan di akhirat nanti.
Di pdg mashyar nanti, Allah akan kumpulkan manusia mengikut amalan masing2.
Rasa diri lemah, hina, rendah diri dan serba kekurangan pd sisi Allah s.w.t1. perasaan yg patut kita miliki.
2. nilai kebaikan kita tidak perlu ditonjolkan pd Allah s.w.t.
3. petikan dr surah Al-Fatihah, "Engkau kami sembah dan pada Engkau kami minta pertolongan"
4. Rasulullah tak pernah bangga diri dan setiap hari membaca, "Astagfirullah al-azim" sebyk 70 kali.
5. Jgn angkuh dan sombong kerana angkuh dan sombong itu ialah kerja syaitan yg dilaknat.
Tidak pernah rasa puas hati dengan nikmat yg ada dan suka membandingkan diri dgn org lain.1. Rasulullah bersabda, "Manusia di akhir zaman, jika dia ada segunung emas, dia hendak segunung emas lagi."
2. Dengki dan dendam - nak hak org lain jadi hak dia, org mukmin tak boleh mempunyai sifat ini.
2. Dalam islam kena ada sifat qannaah (berpada2 pd apa yg kita ada) dan tunjukkan rasa syukur dgn Allah dgn nikmat yg diberikan. Dgn sifat qanaah ini, jika Allah tak tambahkan rezeki, Allah akan tambahkan ilmu. Insya Allah akan selamat.
Dunia Allah bahagikan kpd 4 golongan:-Golongan pertama : Allah beri harta dan ilmu bersama2 - Insya Allah, selamat sejahtera.
Golongan kedua : Allah beri ilmu ttp rezeki tak bape cukup. - Insya Allah, ilmu akan mengawal dia dan akan selamat.
Golongan ketiga : Allah berikan harta ada ttp Allah tak beri ilmu. - Akan amik hak org, maka org ini tak selamat.
Golongan keempat : harta dan ilmu takde. Dunia dan akhirat miskin.
Rasulullah bersabda, "Manusia tidak akan sunyi dari 2 perkara iaitu lupa dan buat salah & kesilapan."
Para Alim Ulama berkata, "Antara perkara yg boleh menyempitkan hidup kita ialah kejahilan dlm agama"
Cara mengatasi sifat lupa1. Hendaklah bertasbih, bertahmid dan Zikir kpd Allah s.w.t. Ia menjadi paksi pd ingatan kita. Kerana syaitan akan mewas2kan kita.
2. Bykkan mbaca alam nasrah.
3. Hidup dlm suasana ilmu. Berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran.
4. Hidup dlm suasana mencari kebaikan sepanjang masa.
Rasulullah bersabda, "Tanda2 org beriman, meninggalkan perkara yg tidak berfaedah dan maksiat."
Bila byk benda mungkar masuk, maka hati boleh mati. Maka byklah benda2 dosa akan dtg.
Membentuk peribadi anak2 soleh dan solehah.1. Anak2 perlu tanamkan kasih sayang agama.
2. doa berterusan.
3. rezeki yg halal.
4. makan dan minum yg halal.
5. Muhasabah diri.
6. Didikan agama yg sempurna.
7. Perwatakan ibubapa yg baik untuk dicontohi oleh anak2.
Surah An-Nisa Ayat 9"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar."
Sabda Nabi, salah satu drpd tiga doa Allah tidak akan tolak;-
1. Rintihan doa Ibubapanya terhdp anaknya.
Tiga perkara yg takkan sunyi oleh si mati.
1. Anak yg soleh yg berdoa kepada ibubapanya.
Tangislah ketika anakmu masih kecil, jgn kamu tangisi semasa anakmu sudah besar @ dewasa.
Imam Ghazali berkata, "Didik anakmu semasa tangannya lebih kecil drpd tangan kita."
Makin dekat dgn Allah, makin byk diuji. Makin jauh dgn Allah, nikmatnya banyak.1. Allah uji dgn nikmat semata2 nak tau siapa yg lebih dekat dgn dia.
Allah uji dgn nikmat ilmu, insya allah akan dekat dekat Allah.
Allah uji dgn nikmat kekayaan, ditakuti makin jauh dgn Allah.
Maka, jangan ukur dgn nilai benda, tetapi ukurlah dgn nilai agama.
Surah Al-Baqarah, Ayat 172."Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah."
Menjadi insan bersyukur dan tidak kufur nikmat.1. Banyakkan munasabah diri
2. Baca surah ar-rahman byk2.
3. Menambah kefahaman ttg. nilai ibadah kita.