Wednesday, July 28, 2010

Hak Suami

Usrah 2010 : 23 Julai 10

Penceramah : Ustazah Dr Fatma El-Zahra

Semoga kita termasuk dlm golongan yg mencari ilmu.
Rasulullah suka org yg mencari ilmu dan baginda bersabda: "Barangsiapa mati sambil mencari ilmu, masuk dlm golongan mati syahid."

Petikan drpd ayat drpd Al-quran:-
Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dari yang satu (adam),
dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain ,dan (peliharalah) hubungan silatur-rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(An-Nisa`: 1)

---> hendaklah bertakwa kpd Allah kerana Allah Maha melihat.

Surah Al-Room Ayat 21:-
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Hak2 suami.
1. Isteri hendaklah berakhlak baik kpd suami kerana Allah s.w.t - isteri mestilah suara tidak tinggi,bercakap dgn lemah lembut dan hormat pada suami.
Rasulullah bersabda: "Perkataan yg baik itu adalah sedekah"
2. Redha dgn apa yg ada. Terima qada dan qadar.
Rasulullah bersabda, " Untung banyak org yg puas hati dgn apa yg ada. Tidak haloba, rakus, dan tidak materialistik.
Allah s.w.t berfirman, " Aku tahu setiap benda yg aku cipta, aku tahu qada dan qadarnya."

Jangan mempraktikkan perkataan kalau, kerana ia datangnya drpd syaitan.
Jangan kita banding dengan org yg lebih drpd kita tetapi bandinglah dgn org yg kurang drpd kita.

3. Pimpinan keluarga di rumah kita adalah suami.
Allah berfirman, "Lelaki ialah pimpinan keluarga kerana lelaki mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggal."
4. Taat kpd suami.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
(Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
-Sembolik sujud ini ialah taat.

Apabila, seorg isteri menunaikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan di bulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kpd suami, semua pintu syurga terbuka kepadanya.
Kecuali tak boleh taat yg melanggar ajaran islam.

Ibubapa kita boleh masuk syurga apabila kita taat kpd suami.
kalo suami marah, jangan menjawab.
Rasulullah bersabda, "kalo nak masuk syurga." Rasulullah menyebut jangan marah sebanyak 3 kali.

6. Tempat tidur. Tidak boleh menolak ajakan suami kalo suami panggil untuk tido bersama.
Kalo menolak, Allah akan laknat sampai suami redha, baru Allah akan ampunkan dia.
Rasulullah bersabda, "kalo isteri mati dan suami redha, isteri akan masuk syurga."

Malaikat tidak akan nampak kita apabila mandi, berhadas besar dan berjunub dgn suami.

5. Berhias utk suami. Kelihatan feminin, jaga perlakuan, jaga rumah dan sentiasa baru harum.
Rasulullah bersabda, "Dua tempat yg perlu dijaga ialah mulut dan ketiak."
Rasulullah bersabda, "Allah itu cantik dan suka melihat sesuatu cantik."
6. Hormat kpd keluarganya.
7. Mendidik anak.

No comments: