Semanis Kurma/Episod 70
Allah berfirman: "Ingatlah bahawa dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Buruk sangka @ Prassangka ialah sifat mazmunah, sifat yg tercela dlm Islam.
Surah Al-Hujurat Ayat 12
Allah Berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Ulamak mentafsirkan prasangka ini sebagai adanya rasa curiga.
Rasulullah bersabda, "Tidak akan memasuki syurga, org yg memutuskan hbgn silaturrahim."
Rasulullah juga bersabda, " Tidak akan masuk syurga, org yg suka memfitnah org lain."
Nabi berkata bahawa Buruk sangka ini datang dr hati yg kotor.
Rasulullah bersabda, " Jauhilah kamu dr prasangka kerana ia merupakan sedusta2 percakapan."
Punca timbul prasangka dlm alam rumah tangga:
1. Lumrah alam rumah tangga di mana apabila kita menyayangi seseorang akan timbul rasa cemburu kerana merasakan pasangannya hak milik dia.
2. Kepercayaan pd pasangan bertambah berkurangan.
3. perubahan pada diri pasangan.
Rasulullah bersabda dlm sepotong hadis, " Ada tiga perkara yg manusia susah hendak hindari:-"
1. Meramal hal2 yg buruk. - Jangan percaya, teruskan niat
2. Suka hasad dengki - bykkn istighfar
3. Suka prasangka @ buruk sangka - jgn kamu memastikannya. cukuplah kita doa, ia tidak berlaku.
Akibat prasangka
1. Kemungkinan boleh membawa kesedihan, kemurungan
2. Drpd emosi, boleh membawa ke penyakit.
3. Hilang kepercayaan pada suami.
Tips drpd elakkan prasangka
1. Berhati2 dgn prasangka kerana ia adalah dosa, tiada manfaat dan boleh menyebabkan penceraian dan gantikan dgn sangka baik kerana dpt pahala, erat silaturrahim dan membawa bahagia.
2. Dalam satu hadis, "Apabila Allah sayang dan cinta suatu keluarga itu, Allah akan campakkan dlm diri suami, diri isteri dan diri anak2 rasa berkasih sayang antara satu sama lain."
3. Sentiasa berterus terang dlm setiap apa yg kita lakukan dgn pasangan.
4. Memberitahu pasangan bila nak pegi mana2.
5. Syair drpd Iman Al-Syafie: "Jika mata dibalut dgn rasa cinta, maka yg nampak yg indah2 saja. Tetapi jika mata dbalut dgn rasa benci, maka yg nampak yg keji2 saja.
6. Tingkatkan iman, bykkan amal soleh dan bykkan doa kpd Allah s.w.t.
7 Doa : Surah al-Araf 23, ( menghilangkan drpd penyakit2 yg tidak baik)
Surah al-Mukminun 97,98 (Jauhi drpd godaan dan bisikan syaitan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment