Wednesday, July 28, 2010

Abai Nafkah

Semanis Kurma/Episod 69

Tetamu : Datuk Khairul Anuar Rahmat (Peguam Syariah) dan Didie Alias (Artis)

Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yg tidak boleh dinafikan yg dinyatakan dlm al-quran dan hadis.
kalo suami mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kpd Allah, bole didakwa sama ada di dlm dunia @ di akhirat.
Surah Al-Baqarah : 233
Allah berfirman: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. "

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dgn cara yg terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yg dibelanjakan oleh suami utk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dlm aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri utk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tido.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kpd para suami, jika suami mberi nafkah kpd isteri, suami akan mendpt ganjaran pahala yg besar di sisi Allah. Jgn susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki utk mereka yg mengeluarkan nafkah utk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan kalo belanjakan harta kepada isteri dan anak2 spt pahala lebih besar drpd fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : 231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di mana Allah pesan jgn buat aniaya kpd isteri. Barangsiapa yg mbuat aniaya thdp isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yg melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan drpd Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri.
1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja.
2. Kekurangan pengetahuan undamg2.
3. Keliru dgn Keutamaan.
Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kpd isteri adalah lebih utama drpd satu dinar yg disumbangkan ke jalan fisabillah.
4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak2 maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.
Undang2 Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil @ menyeret mana2 suami yg mengabaikan nafkah terhadap isteri.


Hindun, isteri Abu Sufian mengadu pada mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sgt kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yg dia telah mengambil duit drpd kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak2 lelaki hendaklah smp dia bole berdikari (bekerja)
Nafkah anak2 perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak2 tidak mendpt role model yg terbaik drpd bapa mereka.

Kesan bapa yg mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak2
1. Anak2 akan membesar dgn emosi yg tidak stabil.
2. Anak2 lelaki akan membesar terbawa2 sikap tak btanggungjawab bapanya itu.
2. Anak2 perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yg membesar tanpa belaian kasih sayang yg secukupnya dr bapanya, mereka ini benci pd lelaki dan benci pd perkahwinan.
kemungkinan bole dendam pd lelaki @ terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak2 yg menjadi mangsa yg dizalimi oleh suami @ bapa yg tidak bertanggungjawab dlm pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, "Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita."

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;"sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, " Apa yg kita kena buat pada isteri kami." Maka Rasulullah berkata, "Apa yg kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yg kamu pakai, jangan memukul mereka, jgn mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P
1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

Doa agar hbgn menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga : Surah Al-Hasyri Ayat 10
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu"

Sesungguhnya suami yg abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita.

No comments: