Tuesday, August 17, 2010

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

DOA PEMBUKA 12 PINTU MERUPAKAN DOA YANG DIAJAR OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH DALAM SETIAP CERAMAH DAN KURSUS BELIAU. DOA INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DENGAN MENGAMALKAN DOA 12 PINTU INI. AMIN.


Amalkan doa ini setiap pagi...





"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati,
wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati,
wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Monday, August 9, 2010

Bahagia

Click here to watch Usrah 2010 : 6 Ogos 10

Makin kita rajin pergi majlis ilmu, makin kita rapat dgn Allah.
Hadis Nabi : satu majlis ilmu, bole mengampunkan 70 dosa.
Barangsiapa tidak menghadiri majlis ilmu lebih 40 hari, kemungkinan besar Allah tutup hatinya.
Doa: Ya Allah, tambahkan ilmu ke atas ilmuku. ( Allahumma zidni Ilma)
Surah An-nahu:97 _ Barangsiapa amal solih & beriman, Allah jamin hidup yg bahagia

Tiga tanda2 org yang bahagia:-
1. Bila ada nikmat, dia bersyukur.
2. Bila ada musibah, dia sabar dan redha.
3. Bila dia berdosa, dia ishtigfar.

Bahagia terbahagi kpd berhubungan dengan Allah dan berhubungan dgn manusia.

Hubungan dgn Allah:-
1.Kasih kpd Allah lebih dr diri sendiri.
"Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka."(Ayat Al-Tawbah:24)
Doa: "Ya Allah, berilah aku rezeki untuk mengasihi-Mu, Kasih org yg mengasihi-Mu, dan amalan untuk merapati-Mu."
2.Mengasihi Rasulullah.
Surah Ali-Imran: Katakanlah Muhammad, Kalo kasih Allah, buatlah apa yg aku suruh.
3. Belajar dan Faham Al-Quran

Jauhilah diri dr syirik yg kecil iaitu Riak (buat sesuatu bukan krn Allah ttp kerana nak menunjuk2 dkt org)

Hubungan dgn Manusia:-
1. Baik dgn org.
- Senyum adalah sedekah.
2. Silaturrahim
3. Buat kerja yg kita suka kerana Allah.
4. Jgn sibuk dgn masa depan dan elakkan perkataan 'kalo'.
"Ya Allah,
5. Zikiruallah
Ar-Radhu :28
"Sesungguhnya tiada cara lain untuk hati menjadi tenang wahai manusia iaitu dengan zikiruallah".
6. Sentiasa ingat dgn nikmat2 Allah. Jangan banding dgn org yg lebih dr kita.
7. Doa. (Ya Allah, berilah kebahagiaan dunia dan akhirat)
8. Tawakkal kpd Allah. Di mana Allah kasih org yg tawakkal.
Amalkan setiap kali selepas solat sebanyak 7 kali "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar." (AL-Tawbah :129)
9. Jangan fikir org buat mudarat kat kita.
10. Jangan minta terima kasih drpd org lain. Buat ikhlas kerana Allah.
"Org yg terbaik di sisi Allah ialah org buat semata2 krn Allah."
11. Jangan bertangguh kerja.
Hadis Nabi:-
Kalo kamu sihat jgn tunggu smp sakit.
Kalo kamu ada duit jgn tunggu smp takde duit.
Kalo kamu muda, jgn tunggu smp tua.
Kalo kamu lapang, jangan tunggu smp sibuk.
kalo kamu hidup, jgn tunggu smp mati.
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (surah Az-Zumar :22)

Thursday, August 5, 2010

Menyulam Kasih, Mahligai Sakinah



Penceramah: Ust Wan Akashah & Datuk Ustazah Siti Nurbaya

Friday, July 30, 2010

Prasangka

Semanis Kurma/Episod 70

Allah berfirman: "Ingatlah bahawa dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Buruk sangka @ Prassangka ialah sifat mazmunah, sifat yg tercela dlm Islam.

Surah Al-Hujurat Ayat 12
Allah Berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Ulamak mentafsirkan prasangka ini sebagai adanya rasa curiga.

Rasulullah bersabda, "Tidak akan memasuki syurga, org yg memutuskan hbgn silaturrahim."
Rasulullah juga bersabda, " Tidak akan masuk syurga, org yg suka memfitnah org lain."
Nabi berkata bahawa Buruk sangka ini datang dr hati yg kotor.
Rasulullah bersabda, " Jauhilah kamu dr prasangka kerana ia merupakan sedusta2 percakapan."

Punca timbul prasangka dlm alam rumah tangga:
1. Lumrah alam rumah tangga di mana apabila kita menyayangi seseorang akan timbul rasa cemburu kerana merasakan pasangannya hak milik dia.
2. Kepercayaan pd pasangan bertambah berkurangan.
3. perubahan pada diri pasangan.

Rasulullah bersabda dlm sepotong hadis, " Ada tiga perkara yg manusia susah hendak hindari:-
"
1. Meramal hal2 yg buruk. - Jangan percaya, teruskan niat
2. Suka hasad dengki - bykkn istighfar
3. Suka prasangka @ buruk sangka - jgn kamu memastikannya. cukuplah kita doa, ia tidak berlaku.

Akibat prasangka
1. Kemungkinan boleh membawa kesedihan, kemurungan
2. Drpd emosi, boleh membawa ke penyakit.
3. Hilang kepercayaan pada suami.

Tips drpd elakkan prasangka
1. Berhati2 dgn prasangka kerana ia adalah dosa, tiada manfaat dan boleh menyebabkan penceraian dan gantikan dgn sangka baik kerana dpt pahala, erat silaturrahim dan membawa bahagia.
2. Dalam satu hadis, "Apabila Allah sayang dan cinta suatu keluarga itu, Allah akan campakkan dlm diri suami, diri isteri dan diri anak2 rasa berkasih sayang antara satu sama lain."
3. Sentiasa berterus terang dlm setiap apa yg kita lakukan dgn pasangan.
4. Memberitahu pasangan bila nak pegi mana2.
5. Syair drpd Iman Al-Syafie: "Jika mata dibalut dgn rasa cinta, maka yg nampak yg indah2 saja. Tetapi jika mata dbalut dgn rasa benci, maka yg nampak yg keji2 saja.
6. Tingkatkan iman, bykkan amal soleh dan bykkan doa kpd Allah s.w.t.
7 Doa : Surah al-Araf 23, ( menghilangkan drpd penyakit2 yg tidak baik)
Surah al-Mukminun 97,98 (Jauhi drpd godaan dan bisikan syaitan)

Thursday, July 29, 2010

Kufur Nikmat

Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 206

Surah Ibrahim ; Ayat 32- 34
Terjemahan ayat:-
"Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.
dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang".
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah kamu dapat menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah).

Pandangan Imam Al-Ghazali, Tanda2 org yg tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t
1. tidak cukup keenggannya mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah'
2. Menggunakan nikmat pada jalan yg tidak diredhai oleh Allah s.w.t.

Kewajipan asas yg patut dipatuhi ialah tunduk dan patuh kpd Allah s.w.t.
Rasulullah solat malam smp bengkak kaki walaupun baginda adalah maksum.
Apabila Aishah bertanya kpd Rasulullah, " Mengapa Rasulullah masih bersusah payah tuk solat malam sedangkan baginda tiada dosa lalu dan akan datang."
Rasulullah bersabda, " Apakah tidak boleh aku hidup sebagai seorang manusia yg bersyukur kepada nikmat Allah s.w.t."

Berada dlm suasana ilmu spt berada dlm tmn syurga.
Apabila manusia makin tebal iman dan takwa, makin dekat dgn Allah.

Surah Saba Ayat 39
Allah berfirman, "Amat sedikit hamba-Ku yg bersyukur."

Ramai manusia gagal kerana tidak merasa nikmat usia.
Sedangkan nikmat usia itu akan berlalu dan takkan kembali.
Biasanya manusia tidak merasa nikmat usia itu suatu yg besar.

Kesan kufur nikmat
1. Berada jauh dr hidayah Allah s.w.t.
Firman Allah, "Ingatlah kamu akan Aku, Maka akan Aku ingat pada-Mu."
Pengantungan pada Allah seharusnya setiap saat dan ketika.
Allah berfirman, "Tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan untuk menyembah dan tunduk kpd Aku. "
2. Menambahkan kejahilan dan kelalaian kita kpd Allah s.w.t.
Khalifah Umar Al-Khattab berkata bahawa, "Antara pintu yg boleh merosakkan kita ialah pintu kemungkaran dan kemaksiatan."
3. Hilang keberkatan dlm hidup.
Dalam kehidupan rumah tangga bila kita kufur nikmat, suami isteri bertelagah, rumah kepanasan siang malam, maka hilang keberkatan rumah tangga. Antara sebabnya rezeki yang tidak halal.
Juga keberkatan peribadi, hati tidak tenang dan gundah gelana.
4. Makin hari semakin keras hatinya, dan mati.
5. Tidak beroleh jaminan keselamatan di akhirat nanti.
Di pdg mashyar nanti, Allah akan kumpulkan manusia mengikut amalan masing2.

Rasa diri lemah, hina, rendah diri dan serba kekurangan pd sisi Allah s.w.t
1. perasaan yg patut kita miliki.
2. nilai kebaikan kita tidak perlu ditonjolkan pd Allah s.w.t.
3. petikan dr surah Al-Fatihah, "Engkau kami sembah dan pada Engkau kami minta pertolongan"
4. Rasulullah tak pernah bangga diri dan setiap hari membaca, "Astagfirullah al-azim" sebyk 70 kali.
5. Jgn angkuh dan sombong kerana angkuh dan sombong itu ialah kerja syaitan yg dilaknat.

Tidak pernah rasa puas hati dengan nikmat yg ada dan suka membandingkan diri dgn org lain.
1. Rasulullah bersabda, "Manusia di akhir zaman, jika dia ada segunung emas, dia hendak segunung emas lagi."
2. Dengki dan dendam - nak hak org lain jadi hak dia, org mukmin tak boleh mempunyai sifat ini.
2. Dalam islam kena ada sifat qannaah (berpada2 pd apa yg kita ada) dan tunjukkan rasa syukur dgn Allah dgn nikmat yg diberikan. Dgn sifat qanaah ini, jika Allah tak tambahkan rezeki, Allah akan tambahkan ilmu. Insya Allah akan selamat.

Dunia Allah bahagikan kpd 4 golongan:-

Golongan pertama : Allah beri harta dan ilmu bersama2 - Insya Allah, selamat sejahtera.
Golongan kedua : Allah beri ilmu ttp rezeki tak bape cukup. - Insya Allah, ilmu akan mengawal dia dan akan selamat.
Golongan ketiga : Allah berikan harta ada ttp Allah tak beri ilmu. - Akan amik hak org, maka org ini tak selamat.
Golongan keempat : harta dan ilmu takde. Dunia dan akhirat miskin.

Rasulullah bersabda, "Manusia tidak akan sunyi dari 2 perkara iaitu lupa dan buat salah & kesilapan."
Para Alim Ulama berkata, "Antara perkara yg boleh menyempitkan hidup kita ialah kejahilan dlm agama"

Cara mengatasi sifat lupa
1. Hendaklah bertasbih, bertahmid dan Zikir kpd Allah s.w.t. Ia menjadi paksi pd ingatan kita. Kerana syaitan akan mewas2kan kita.
2. Bykkan mbaca alam nasrah.
3. Hidup dlm suasana ilmu. Berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran.
4. Hidup dlm suasana mencari kebaikan sepanjang masa.
Rasulullah bersabda, "Tanda2 org beriman, meninggalkan perkara yg tidak berfaedah dan maksiat."
Bila byk benda mungkar masuk, maka hati boleh mati. Maka byklah benda2 dosa akan dtg.

Membentuk peribadi anak2 soleh dan solehah.
1. Anak2 perlu tanamkan kasih sayang agama.
2. doa berterusan.
3. rezeki yg halal.
4. makan dan minum yg halal.
5. Muhasabah diri.
6. Didikan agama yg sempurna.
7. Perwatakan ibubapa yg baik untuk dicontohi oleh anak2.

Surah An-Nisa Ayat 9
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar."

Sabda Nabi, salah satu drpd tiga doa Allah tidak akan tolak;-
1. Rintihan doa Ibubapanya terhdp anaknya.

Tiga perkara yg takkan sunyi oleh si mati.
1. Anak yg soleh yg berdoa kepada ibubapanya.

Tangislah ketika anakmu masih kecil, jgn kamu tangisi semasa anakmu sudah besar @ dewasa.
Imam Ghazali berkata, "Didik anakmu semasa tangannya lebih kecil drpd tangan kita."

Makin dekat dgn Allah, makin byk diuji. Makin jauh dgn Allah, nikmatnya banyak.
1. Allah uji dgn nikmat semata2 nak tau siapa yg lebih dekat dgn dia.
Allah uji dgn nikmat ilmu, insya allah akan dekat dekat Allah.
Allah uji dgn nikmat kekayaan, ditakuti makin jauh dgn Allah.
Maka, jangan ukur dgn nilai benda, tetapi ukurlah dgn nilai agama.
Surah Al-Baqarah, Ayat 172.
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu menyembah."

Menjadi insan bersyukur dan tidak kufur nikmat.
1. Banyakkan munasabah diri
2. Baca surah ar-rahman byk2.
3. Menambah kefahaman ttg. nilai ibadah kita.

Wednesday, July 28, 2010

Hak Suami

Usrah 2010 : 23 Julai 10

Penceramah : Ustazah Dr Fatma El-Zahra

Semoga kita termasuk dlm golongan yg mencari ilmu.
Rasulullah suka org yg mencari ilmu dan baginda bersabda: "Barangsiapa mati sambil mencari ilmu, masuk dlm golongan mati syahid."

Petikan drpd ayat drpd Al-quran:-
Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dari yang satu (adam),
dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain ,dan (peliharalah) hubungan silatur-rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.
(An-Nisa`: 1)

---> hendaklah bertakwa kpd Allah kerana Allah Maha melihat.

Surah Al-Room Ayat 21:-
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Hak2 suami.
1. Isteri hendaklah berakhlak baik kpd suami kerana Allah s.w.t - isteri mestilah suara tidak tinggi,bercakap dgn lemah lembut dan hormat pada suami.
Rasulullah bersabda: "Perkataan yg baik itu adalah sedekah"
2. Redha dgn apa yg ada. Terima qada dan qadar.
Rasulullah bersabda, " Untung banyak org yg puas hati dgn apa yg ada. Tidak haloba, rakus, dan tidak materialistik.
Allah s.w.t berfirman, " Aku tahu setiap benda yg aku cipta, aku tahu qada dan qadarnya."

Jangan mempraktikkan perkataan kalau, kerana ia datangnya drpd syaitan.
Jangan kita banding dengan org yg lebih drpd kita tetapi bandinglah dgn org yg kurang drpd kita.

3. Pimpinan keluarga di rumah kita adalah suami.
Allah berfirman, "Lelaki ialah pimpinan keluarga kerana lelaki mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggal."
4. Taat kpd suami.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
(Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)
-Sembolik sujud ini ialah taat.

Apabila, seorg isteri menunaikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan di bulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kpd suami, semua pintu syurga terbuka kepadanya.
Kecuali tak boleh taat yg melanggar ajaran islam.

Ibubapa kita boleh masuk syurga apabila kita taat kpd suami.
kalo suami marah, jangan menjawab.
Rasulullah bersabda, "kalo nak masuk syurga." Rasulullah menyebut jangan marah sebanyak 3 kali.

6. Tempat tidur. Tidak boleh menolak ajakan suami kalo suami panggil untuk tido bersama.
Kalo menolak, Allah akan laknat sampai suami redha, baru Allah akan ampunkan dia.
Rasulullah bersabda, "kalo isteri mati dan suami redha, isteri akan masuk syurga."

Malaikat tidak akan nampak kita apabila mandi, berhadas besar dan berjunub dgn suami.

5. Berhias utk suami. Kelihatan feminin, jaga perlakuan, jaga rumah dan sentiasa baru harum.
Rasulullah bersabda, "Dua tempat yg perlu dijaga ialah mulut dan ketiak."
Rasulullah bersabda, "Allah itu cantik dan suka melihat sesuatu cantik."
6. Hormat kpd keluarganya.
7. Mendidik anak.

Abai Nafkah

Semanis Kurma/Episod 69

Tetamu : Datuk Khairul Anuar Rahmat (Peguam Syariah) dan Didie Alias (Artis)

Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yg tidak boleh dinafikan yg dinyatakan dlm al-quran dan hadis.
kalo suami mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kpd Allah, bole didakwa sama ada di dlm dunia @ di akhirat.
Surah Al-Baqarah : 233
Allah berfirman: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. "

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dgn cara yg terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yg dibelanjakan oleh suami utk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dlm aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri utk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tido.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kpd para suami, jika suami mberi nafkah kpd isteri, suami akan mendpt ganjaran pahala yg besar di sisi Allah. Jgn susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki utk mereka yg mengeluarkan nafkah utk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan kalo belanjakan harta kepada isteri dan anak2 spt pahala lebih besar drpd fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : 231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di mana Allah pesan jgn buat aniaya kpd isteri. Barangsiapa yg mbuat aniaya thdp isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yg melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan drpd Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri.
1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja.
2. Kekurangan pengetahuan undamg2.
3. Keliru dgn Keutamaan.
Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kpd isteri adalah lebih utama drpd satu dinar yg disumbangkan ke jalan fisabillah.
4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak2 maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.
Undang2 Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil @ menyeret mana2 suami yg mengabaikan nafkah terhadap isteri.


Hindun, isteri Abu Sufian mengadu pada mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sgt kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yg dia telah mengambil duit drpd kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak2 lelaki hendaklah smp dia bole berdikari (bekerja)
Nafkah anak2 perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak2 tidak mendpt role model yg terbaik drpd bapa mereka.

Kesan bapa yg mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak2
1. Anak2 akan membesar dgn emosi yg tidak stabil.
2. Anak2 lelaki akan membesar terbawa2 sikap tak btanggungjawab bapanya itu.
2. Anak2 perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yg membesar tanpa belaian kasih sayang yg secukupnya dr bapanya, mereka ini benci pd lelaki dan benci pd perkahwinan.
kemungkinan bole dendam pd lelaki @ terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak2 yg menjadi mangsa yg dizalimi oleh suami @ bapa yg tidak bertanggungjawab dlm pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, "Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita."

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;"sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, " Apa yg kita kena buat pada isteri kami." Maka Rasulullah berkata, "Apa yg kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yg kamu pakai, jangan memukul mereka, jgn mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P
1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

Doa agar hbgn menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga : Surah Al-Hasyri Ayat 10
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu"

Sesungguhnya suami yg abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita.

Tuesday, July 27, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله



This song can motivate me everytime i feel down..
Always return to Allah, Only Allah will guide us.
Allah knows best for us.
Never give up with Allah.

The Insha Allah lyric..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame



Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Al-Kuliyyah : Terapi Jiwa

Al-Kuliyyah/ 23 Julai 2010

Penceramah : Ustaz Zawawi Yusof

Org2 yg tidak bezikir, hatinya seperti kubur.

Kena byk berzikir kpd Allah.

Kalo ingat Allah waktu senang dengan bersyukur, Allah akan ingat kita bila kita susah. (Hadis Qudsi)

Syarat2 Zikir yg melahirkan ketenangan;-
1. Memiliki jiwa hamba
2. Sentiasa kekuasaan Allah.

Berzikir boleh membawa ketenangan.

"Tidak ada ketenangan bila kita jauh dengan Allah."
Maka hendaklah kembali kepada Allah.

Friday, July 23, 2010

Tanyalah Ustaz 2010 : 9/10 Rezeki

Episod 120
Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 120

Muqaddimah: Surah An-Nisa Ayat 29
Terjemahannya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesamamu dengan
jalan yang salah @ menipu dan sebagainya,
kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.
Dan janganlah kamu bunuh-membunuh sesama kamu, sesungguhnya Allah sentiasa menyayangi kamu"

Islam mengalakkan umatnya melakukan kerja.

Doa Rasulullah sebelum memulakan kerja.
Aku berlindung dengan Mu dari sikap lemah dan kemalasan,


Kerja dan mencari rezeki adalah suatu amal ibadah.
Semasa pergi kerja hendaklah berniat kerana Allah s.w.t. Insya allah, kerja kita dikira ibadah dan mendapat pahala.
9/10 rezeki ada dlm perniagaan.


Sahabat Nabi bertanya kpd Rasulullah : Perkerjaan yg paling mulia - perkerjaan dengan Kemahiran menggunakan tangan dan perniagaan yg halal.

Episod 121
Tanyalah Ustaz 2010 /Episod 121

Peniaga yg jujur dan bercakap benar - di akhirat nanti dibangkitkan dgn para nabi,
org siddiqin (org yg berckp benar, pemimpin - Abu Bakar Al-Siddiq) dan para syuhada (org2 yg mati syahid) (hadis Imam Tarmizi.

Jualan Langsung @ MLM (belum ada fatwa tapi ada unsur2 yg meragukan dlm hukum syariat dan feqah)
1. Menjadi ahli tapi kena beli sati kit starter. tetapi tidak boleh ada unsur paksaan dlm jual beli.
2. perlu ada barang dlm hukum jualbeli.
3. harga barang tak setimpal.Harga pasaran lebih murah.
4. Upline dan downline. Apbila downline kerja kuat, tp upline dpt juga sharenya walaupun tidak membantu. kadang2 upline dan downline tidak kenal sesama sendiri.

Jangan kita dilalaikan oleh perniagaan drpd ingat kpd Allah. Sembahyang ialah fardhu ain dan berniaga adalah fardhu kifayah,
maka hendaklah diutamakan fardhu ain.

Etika perniagaan dlm ajaran agama islam:
1. perniagaan Tak boleh menipu
Surah Mutaffifin Ayat 1
Terjemahan : celakalah besarlah bagi peniaga2 yang menipu dlm sukatan timbangan.

Allah akan jaga air muka org yang berniaga.
Meminta sedekah, air mukanya adalah hina.

perniagaan adalah diharuskan.

Hikmah berniaga - memenuhi keperluan seharian

Peniaga yg jumpa bomoh untuk mendapatkan tangkal : kalo minta @ jumpa walau percaya @ tak percaya : solatnya tidak akan diterima selama 40 hari
Kalo percaya : dia telah kafir
juga tidak bole meletakkan daun2 tertentu sebagai tangkal pelaris dan meletakkan ayat2 al-quran tanpa dibaca dan
sebagai tangkal azimat untuk melariskn perniagaan adalah syirik.

Doa mengelakkan ditipu : Hasbiallah wa ni'mal wakil - "Cukuplah Allah bagiku dan dia adalah sebaik-baiknya pelindung.
: Surah Ghafir Ayat 44

“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.

: Ya Allah, aku memohon pada Mu kebaikan pasar ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya,
dan aku berlindung pada Mu daripada kejahatan pasar ini dan segala kejahatan yang ada di dalamnya.

Rukun2 dlm perniagaan dan jual beli.
1. Mesti ada penjual dan pembeli yg berakal.
2. Mesti ada akad @ contract
Ada barang dan harga
Menjual harta yg tidak ada nilai
Jual barang yg takde manfaat
Menjual barang yang ada nilai dan manfaat tapi tak boleh diserahkan.
Bersihkan perniagaan kita dr benda2 yg haram
Barang yg tidak ditentukan.


Doa penutup:
Aku berlindung dengan Mu dari perasaan keluh kesah dan dukacita,
dan Aku berlindung dengan Mu dari sikap lemah dan kemalasan,
dan aku berlindung dengan Mu dari sifat ketakutan dan kebakhilan
dan aku berlindung dengan Mu dari tekanan hutang dan kezaliman manusia.

Allah menghalalkn jualbeli tetapi mengharamkan riba.

berniaga yang halal
mengharam perniagaan
1.bangkai
2.arak
3.khinzir
3. berhala
4. benih dan sperma binatang
5. burung di udara dan ikan di air.
6. barang yang sudah dibeli oleh orang
7. perniagaan yg ada unsur penipuan. (org yg menipu bukan dlm kalangan org islam)
8. tidak halal perniagaan itu kalo barangnya ader aib. (Hadis Nabi)
perniagaan berdasarkan monopoli - sorok barang.

selitkan urusniaga dgn sedekah

tips2 melariskan perniagaan
1. sembahyang jgn tinggal
2. sembahyang solat sunat dhuha.
3. tiap2 mlm baca surah Waqiah
4. byk istighfar sekurang2 100x sehari
5. produk yg dijual memenuhi org tempatan.
6. peniaga kena senyum dan peramah.

Kaum cina lebih maju dlm perniagaan
1.bisnes keturunan
2.Jangan ada perasaan dengki
3. Rajin bekerja

Bayaran bertangguh - bg org yang tak mampu bayar, maka ia adalah hutang
Allah berfirman: "Wahai org beriman, bilamana kamu menjalankn urusniaga secara hutang, hendaklah kamu catit"

kena ambil tahu mengenai tanggungjawab agama dan juga nyawa.

penebus dosa bila menjual barang haram:-
1. menyesal atas perbuatan,
2. meninggalkan perniagaan itu,
3. berazam tidak akan mengulangi pada masa akan datang
4. pulangkan balik pada org
5. bykkan sedekah

Bgn pagi2 tak mahu menipu org dan dengki ngan orang - tingkah laku seorang menjadi ahli syurga di zaman Rasulullah s.a.w.

Tuesday, July 13, 2010

Amalan dan Doa Murah Rezeki

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam
1. Membaca surah Al-Waqiah setiap malam
Sabda Rasullullah:-
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
(Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

2. Membaca surah Al-Ikhlas
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya."
(Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)

3.Membaca surah Ali-Imran Ayat 26 & 27 setiap hari
Terjemahan:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Engkau memberi kedua-duanya kepada sesiapa yang Engkau mahu. Engkau menahan kedua-duanya terhadap sesiapa yang Engkau mahu. Rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

4. Bertakwa kpd Allah (mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)
Sabda Rasulullah SAW:
” Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga.” Kemudian Baginda membaca ayat di bawah.

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

5.“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.”

6. “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.” Jadikan amalan dengan membacanya setiap pagi dan petang.

7. "Ya Allah, Yang Meleraikan dukacita, Yang Melapangkan kekusutan, Yang Menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu.”

Sunday, July 4, 2010

Bila Fatimah Bertasbih.

Usrah 2010 : 2 Jun 10

Fatimah Az-Zahra ialah seorang puteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu anak bongsu Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah binti Khuwailid.
Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda, wanita yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.

Saidina Abu Bakar dan Umar r.a. keduanya pernah cuba untuk meminang Fatimah tetapi dirolak oleh Rasulullah dgn cara yg baik.

Semasa umur 18 tahun, Fatimah bin Muhammad telah dikahwinkan dengan sepupu nabi, Saidina Ali bin Talib Karamallahuwajhah (tidak pernah menyembah berhala) oleh Rasulullah s.a.w.

Kehidupan Fatimah Az-Zahra bersama Saidina Ali Karamallahuwajhah melalui kehidupan berumah tangga dengan penuh kesederhanaan kerana tiada kekayaan yang mereka mahukan di dunia ini. Kemewahan yang mereka dambakan ialah keimanan dan kasih sayang. Saidina Ali hanya bekerja dengan menimba air dan upahnya sebiji timba air hanyalah sebiji kurma. Fatimah melakukan pekerjaan mengangkat air, menggiling lada menggunakan penggiling sehingga tangannya bengkak, membersihkan rumah. Mereka sama-sama melakukan segala pekerjaan sendiri. Pada suatu hari, Fatimah berjumpa dengan ayahandanya yang tercinta untuk meminta seorang pembantu.
Maka Rasulullah s.a.w berkata" Kalian hendak aku mengajarkan tentang sesuatu yang lebih baik bagi kalian jika dibandingkan dengan seorang pelayan?Amalkan baca subhanaallah (Maha suci Allah), Alhamdullilah (Segala puji bagi Allah)dan Allahuakbar (Allah Maha besar)10 kali. Apabila kamu hendak masuk tidur, bacalah tasbih( Subhanallah ) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah ) 33 kali, dan takbir ( Allahuakbar) 33 kali. Fatimah berkata " Aku sangat senang dengan apa-apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya"

Daripada sirah ini, kita boleh mengambil banyak pengajaran. Fatimah, puteri Rasulullah s.a.w menjadikan tasbih sebagai kekuatannya.
Hidup kita akan sentiasa dilimpahi rahmat Allah apabila lidah sentiasa basah mengingati Allah.
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah hidup puteri kesayangan Rasulullah s.a.w.Semoga kita dapat mengamalkan tasbih dan zikir kepada Allah kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Mulut yg sentiasa bertasbih, hati juga turut bertasbih.

Allah berfirman, "Ingatlah kamu pada Aku maka Aku akan ingat pada mu. Bersyukurlah kpd Aku, maka jgn kamu kufur pada Aku."

Gantikanlah rungutan dan keluhan dgn tasbih (Subhannallah), tahmid (Subhanallah)
Insya Allah, Allah akan gantikan dgn kekuatan.

Ketika Nabi Ibrahim menziarahi menantunya, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Kemudian terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawabanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail nikah lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya.
Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Berpandukan sejarah tersebut, dapat ditegaskan bahwa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)

"Telah berjaya orang yang beriman dengan menjaga solat dan menjauhi diri drpd cakap yg sia2 ."
(surah al-mukiminun, Ayat 1)

Maka, hendaklah kita sentiasa berdoa agar lidah sentiasa dibasahi dengan zikir2, dan jauhilah mengeluarkan kata2 yang sia2 dan segala rungutan.

Amalkan tasbih fatimah r.a. bagi membina kekuatan mental.

Doa: Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami, jadikanlah kami seorg insan yg sentiasa berzikir, membasahkan lidah dgn mengingati-Mu, tidak mecari kesalahan2 org lain, menjaga lidah drpd berckp sia2, Ya Allah...
Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharalah lisan kami, peliharalah silaturrahim kami, Ya Allah..Peliharalah Ya Allah sahabat2 kami, Jagalah kami,Jadikanlah kami,org yg basah lidahnya mengingati-Mu, Hati yg khusyuk mengingati-Mu, Dahi yg terus sujud kepada-Mu yg Allah..Lidah yg basah yg sentiasa membaca kalam2-Mu Ya Allah

Wednesday, June 30, 2010

Indahnya Menjadi Seorang Wanita

Usrah 2010 : 25 Jun 10

Kehebatan wanita
1. Kemuliaan dan darjat seorg wanita krn melahirkan lelaki2 yg hebat.
2. Semasa israq dan mikraq, Rasullullah melihat wanita masuk syurga lebih awal 500 tahun drpd suaminya.
3. Wanita mempunyai rahim, maka wanita penuh sifat kasih dan sayang.
4. Rasullulah bersabda, "Barangsiapa wanita yg mbaca doa ketika dtg haid dlm masa 24 jam, "Terima kasih Allah krn semua hal (senang @ susah) dan Allah aku meminta ampun drpd -Mu." Allah ampunkan dosa2nya yg lalu, Allah berikan syurga dan mudah titian siratnya kelak. Jika dia bersabar dgn kesakitan semasa haid, mendpt aman seksa di dunia dn akhirat dan angkat darjat sebyk 40 syuhada yg mati syahid di medan perang jika dia berzikir sepjg tempoh haidnya."

Rasulullah bersabda,
1. Apabila isteri membasuh pakaian suaminya dan anaknya, Allah memberi 1000 kebaikan dan Allah hilangkan 2000 kesalahan dan dosa2 kita. Tiap sesuatu yg disinari (daun, pokok)oleh matahari akan berdoa utk kita.
2. Isteri yg mencuci lantai, sapu lantai sambil berzikir, maka dia dpt pahala seperti mencuci masjidilharam.
3. Apabila seorg wanita itu hamil, redha dan syukur, Allah mengampunkan dosa2-nya atas permintaan para malaikat.
4. Seorg wanita apabila mula sakit bersalin sehingga melahirkan anak, Allah akan angkat darjatnya spt baru lahir.
5. Apabila ibu menyusukan anaknya, setiap setitik susu yg masuk ke mulut ananya, Allah akan bg satu pahala kebajikan.
6 Ibu2 yg berjaga malam, Allah mengurniakan spt memerdekakan 70 org hamba.

Cara mendidik jiwa seorg wanita.
1. wanita diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok,suami perlu meluruskan dgn al-quran bukan dibengkokkan.
2. hati wanita sparuh kaca, maka hendaklah dikuatkan dgn iman.
3. hati wanita selembut sutera, maka hendaklah dihiasi dgn akhlak.
4. wanita2 yg dididik dgn harta dan kekayaan maka rosaklah jiwa wanita itu. sbb sudah hilang kecintaan pada Allah dan rasul.
5. luruskan hati wanita itu dgn al-quran, hiasi dgn iman, kenalkan wanita dgn zat Allah.
6. Kalo nak marah, wudhulah, kalo berdiri maka dudukla..

Cara mendidik anak2
1. Kembali kpd al-quran dan sunnah.
2. Apabila masuk rumah, baca 'Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim'.
3. hidupkn suasana rumah spt madrasah, baca al-quran, solat berjemaah dan makan berjemaah.
4. Bawa anak2 pergi masjid dan jika berkemampuan bawalah anak pg umrah.
5. Hidupkan suasana anak dlm diri kita, suami dan anak2 kita dan rohkan suasana agama dlm rumah kita.

Hati wanita selembut sutera maka perlu dibelai dgn bacaan al-quran dan zikir2 Allah.
maka hati akan jadi bahagia dan dekat kpd Allah.

Wanita yg solehah jaga solat fardhu, berpuasa di bulan ramadhan, jaga maruah dan jaga harta suami.
Seorg wanita yg solehah lebih hebat dr sorg lelaki yg menjadi wali Allah.
Seorg wanita yg solehah lebih hebat drpd 70 lelaki yg soleh (pg masjid dan tunaikan tanggungjawab).
Wanita solehah akan masuk mana2 pintu syurga.
Seorg wanita yg masak smbil berzikir, Allah berkatkan rezekinya. (sikit cukup, byk habis, dan anak2 menjadi)
Wanita hendaklah menjaga auratnya pd org bukan muhrim.Semakin tutup semakin cantik. Allah akan mcari wanita yg betul2 jaga aurat dan maruahnya di akhirat nanti.

hendaklah bersyukur kerana menjadi wanita yg sempurna, dikurniakan anak yg akan mendoakan dia, senang masuk syurga.
Allah berfirman: "Kalo kau syukur, aku akan tambah nikmat, kalo kau tak bersyukur, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."

Jadilah wanita spt Asma bin Abu Bakar yg sentiasa meletakkan Rasul dan Allah didlm hatinya.
Jadilah wanita spt Mashitah yg memulakan Bismillah setiap memulakan kerja, dimana akan berkatlah anaknya, berkat urusan dan rezekinya.
Wanita yg mbaca al-quran selepas bgn sembahyang tahajud, suaminya tak akan melihat wanita yg lain yg lebih cantik melainkn dia.

Tiada tempat bergantung selain drpd Allah. Allah adalah sebaik2 penolong dan pembantu.

Wednesday, June 16, 2010

AL KULLIYYAH - Bisikan Iblis

Pengacara : Mohd Fauzi Mustaffa
Panelis:
1. USTAZ ZAHAZAN MOHAMED, CEO TELAGA BIRU
2. USTAZ APANDI HUSSIN, PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

Semoga kita bersama2 berusaha tuk menepis segala gangguan dr syaitan..
semakin tinggi ilmu dan iman kita.. semakin kuat gangguan drnya..
smg video ini menjadi panduan kita menempuh hidup yang penuh pancaroba nie.. insya allah..

PART 1/6

PART 2/6

PART 3/6

PART 4/6

PART 5/6

PART 6/6

AL KULLIYYAH - Berhias

PENGACARA: MOHD FAUZI MUSTAFFA
UNDANGAN: WARDINA SAFIYYAH
PENCERAMAH: UDA KASSIM

PART 1/6


PART 2/6


PART 3/6


PART 4/6


PART 5/6


PART 6/6

Tuesday, June 15, 2010

Mutiara doa harian untuk diamalkan setiap hari. Moga Allah memberkati hidup kalian.

Doa memohon akhlak terbaik dan rezeki yang berkat

“Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah keselamatan.”

Doa memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)

“YA Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya, daripada hasutan syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.”
Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan

“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan duka cita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”

Doa ketika sesuatu penyakit merebak

“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya.

“Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”

Doa ketika keluar dari rumah
“Denngan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal kepada-Nya dan tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah”.

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Doa apabila melihat orang mendapat bencana

“Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang.”

Doa ketika bangun dari tidur

“Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.”
- Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang bangun tidur di waktu malam, lalu membaca, Tiada tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah. Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Kemudian, berdoa: “Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku. Maka dia diampuni.”

Doa ketika mengenakan pakaian

“Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripada-Nya tanpa daya dan kekuatan dariku.”

Doa ketika mengenakan pakaian baru

“Ya Allah, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepada-Mu untuk mendapat kebaikannya dan kebaikan yang ia ciptakan kerananya. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan yang ia ciptakan kerananya.”

Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat

“WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud).

Doa anak untuk ibu bapa

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”